CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 20, 2014

Japanese People

Konnichiwa!!!

Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih setia menanti..

Aku baru baru ni telah sempat berlibur di negara matahari terbit..

Satu lagi kenangan yang berjaya aku rakam dalam memori perjalanan hidup ini..

Untuk entri kali ini,aku ingin kongsikan pengalaman pada hari terakhir aku di Jepun..

Bismillah...

Ceritanya bermula begini..

Aku dan dua kawan aku ingin ke Imperial Palace Kyoto yang kami tak tahu pun dimana..Hanya berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh pihak hostel,kami terjah je..Kami berpecah dua kumpulan memandang kami malas nak hiking di Torii Gates..hehehe..

Sampai sahaja di Demachi Yanagi Station,kami pun memulakan pencarian kami untuk mencari pintu keluar (exit)..Perkara paling mencabar bila naik train ke,subway ke adalah mencari pintu keluar..huhu..Dan bermula kisah bertanya jalan kat orang jepun yang tak tahu cakap english pun..

Dengan sedikit pengetahuan dan ingatan masa ambil kelas bahasa ketiga (bahasa jepun) masa belajar dulu,kami pun memulakan perbualan itik dan ayam.."doko" ini lah perkataan yang paling banyak kami gunakan..hehehe..

This kind mamat jepun berusaha menolong kami sampai bertanyakan kepada pegawai station tersebut..Perbualan itik dan ayam berterusan dan aku hanya menganggukkan kepala tanda faham..haha..Hanya menggunakan bahasa isyarat tangan untuk mengetahui jalan keluar dari station tersebut dan arah mana tempat nak ditujui..

Kami ingat mamat jepun ni nak tunjuk jalan keluar je tapi rupanya dia nak bawa kami sampai ke sana bersama sama..Al-maklum perbualan itik danayam amat sukar difahami..hahaha..Aku pun dengan ingatan yang masih ada,cuba berbahasa basi dengan mamat jepun ni..tanya nama dia sapa..dan dia pun tanya aku dari mana..


Keluar daripada station tersebut kami jumpa pandangan yang sangat indah dan damai..Air sungai itu mengalir sangat jernih hingga rasa nak rendam kaki dan mandi je..hahaha..

Beberapa seketika setelah jauh berjalan,kami ingat mamat jepun ni tak ikut kami dah,tetiba je dia muncul kembali bila kami tengah mencari kedudukan Imperial Palace ni..Terkejut mak..hahaha..

Dan kami pun berjalan kembali bersama sama sehingga la kami sampai dibahagian belakang Imperial Palace..Perghhhh bapak besar dan jauh nak ke hadapan..Mamat jepun tu sendiri pun terkejut "okii" atau pun dalam bahasa kita besar...



Akhirnya,kami sampai sampai jua..Kaki tak usah berbicara betapa sakitnya..Bertambah sakit bila diberitahu tak boleh masuk sebab tak ada tour guide..T_T


Inilah mamat jepun tu,nama dia Matsui..Tak tahulah betul ke tak sebab dengar sebutannya begitu..hahaha..

Arigato Ghozaimasu!!!

Benarlah kata orang,orang jepun ni walaupun tak pandai cakap english,tak faham bahasa yang kita gunakan,mereka akan bantu kita sehabis boleh..dan ini satu contoh sikap yang kita dari negara mana pun harus contohi..









Wednesday, April 23, 2014

Melankolik Kehidupan

April 2014...

Apa maksud melankolik pun aku tak tahu..
Cuma merasa kehidupan ini seperti melankolik..

Aku sentiasa mencuba berusaha memperbaiki diri aku..
Akan tetapi aku tidak memperbaiki cara kesopanan aku yang aku tahu kekurangannya..
Bukan tidak mahu tetapi entahlah..seakan ada sesuatu yang membuat aku rasa belum masanya..

Keadaan aku dan mereka sentiasa teruji dengan ketidakstabilan emosi kami masing - masing..
Aku juga sering tertewas walaupun berusaha mengawalnya..Itulah aku, yang tidak kuat tetapi berusaha menjadi kuat..Aku berdoa agar Allah satukan hatikan hati kami,eratkanlah silaturrahim antara kami, tetapkanlah hati kami agar kami berjaya mengharungi setiap episod hidup kami yang melankolik ini..

Aku pasti berusaha memperbaikinya..berikan aku masa kerana apa yang aku perlukan adalah masa dan sokongan daripada kamu..aku jua ingin seperti mereka yang cantik puitis dimata setiap orang yang mereka sayangi..namun setiap sudut diriku ada prinsip hidupku sendiri..berubah bukan kerana manusia tetapi kerana ingin memperbaiki kekurangan diri..

Maafkan aku atas kekurangan diriku..

Friday, April 11, 2014

Keluarga Kecil Kami...

April 2014..


Keluarga kecil kami..
Cerita tentang kami..

"they dont know how long it takes, waiting for a love like this...
everytime we say goodbye, i wish we have one more kiss.." -ZR-


Itulah kata-kata yang paling tepat untuk menggambarkan keluarga kecil kami.. 
Kami melalui pelbagai cerita ada suka,ada duka,ada emosi,ada tekanan namun,
kami sentiasa berusaha mengelak dan perbaiki segala kekurangan kami..
Kami belajar mengatasi kekurangan kami dalam membina keluara kecil kami..

Kami berkongsi..
Kami ketawa bersama..
Kami menangis bersama..
 
Dan aku pasti kami sentiasa berdoa agar kami sentiasa mempunyai satu sama lain ketika kami susah dan senang..
Kami berdoa agar keluarga kecil kami kekal dan membesar bersama bakal suami kami dan bakal anak-anak kami..;)

Doakan keluarga kecil kami sentiasa bersama dalam apa jua keadaan kami..~
 


  

Thursday, April 10, 2014

2014

April 2014..

Berbulan lamanya tiada entri baru..
Sempena entri baru ini,aku ingin berkongsi perjalanan baru aku..
Persekitaran yang baru,jalan yang baru,satu permulaan sebuah perjalanan yang aku tak ketahui berapa lama akan aku susuri..

Bersyukur ke hadrat Illahi,memberi aku kesempatan yang baru untuk memperbaiki segala kekurangan diri dalam hidup..
Begitu bertuah dikelilingi mereka yang sentiasa ada disisi aku ketika susah dan senang..
Kalau dahulu aku sering merungut tentang nasib diri aku,kini aku sudah pelajari apa itu erti bersyukur dengan segala apa yang kita ada..
Bersyukur tidak bermakna kita tidak perlu berusaha untuk memperbaiki diri tetapi bersyukur untuk pelajari erti kesabaran dalam menunggu rezeki yang Allah ingin berikan..
Janji Allah itu pasti..Dugaan yang diberi adalah untuk kita bersabar bersyukur berdoa berusaha kembali kepada yang diredhai olehNya..

Aku masih berusaha memperbaiki segala kekurangan dan kelebihan yang diberi agar bersyukur dan tiada keriakan dalam diri..
Belajar mengawal diri bukan sesuatu yang mudah memandangkan kita manusia penuh dengan emosi..
Sentiasalah belajar dan jangan berhenti mencari dan mempelajari pengalaman hidup..Hargailah setiap mereka yang ada untuk kita..Jangan melupai diri mereka..

Semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang..Doakan kamu dan diri aku sentiasa dibawah rahmatMu ya Allah..Amin...

Wassalam....

Followers

Tukar LinK